Zaman Fitnah

DIRIWAYATKAN daripada Abu Hurairah r. ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Fitnah akan terjadi. Pada ketika itu seorang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan (berusaha).
Berkemungkinan fitnah itu akan menarik perhatiannya yang dilihatnya dari jarak yang jauh. Barangsiapa mendapat tempat perlindungan maka berlindunglah dia di situ.”
(Bukhari, Jilid 2, ms. 1048)

Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa orang yang tidur lebih baik daripada seorang yang jaga. Terdapat juga di dalam hadis yang lain bahawa fitnah akan mengikut seperti rantai mutiara yang terputus talinya, maka gugurlah biji-biji mutiara itu satu lepas satu. Begitulah fitnah akan muncul di dalam dunia ini (satu persatu).
(Hadis)

Telah disebut di dalam hadis yang lain bahawa fitnah akan muncul seperti bahagian-bahagian malam yang gelap gelita.
(Hadis)

Kebaikan akan ditinggalkan dan fitnah-fitnah akan dicipta, rasa malu tidak wujud lagi, maruah terjual, permusuhan, pertentangan dan fitnah hawa nafsu menyerlah. Sesiapa sahaja yang terbabit ke dalam kancah fitnah ini, menurut pandangan agama akan binasa. Dengan ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Pada masa begini keadaannya hendaklah kamu menjadi sebagai tikar di dalam rumahmu. Jangan pergi ke pasar atau mungkin kamu akan terbabit dengannya.”
(Hadis)

Dan disebut di dalam sebuah hadis yang lain bahawa : “Ibadat yang dilakukan semasa terbabitnya di dalam fitnah seolah-olah dia sedang berhijrah kepadaku.”
Dengan ini marilah setiap daripada kita mencuba sedaya upaya menjauhkan diri daripada fitnah-fitnah ini dan memohon kepada Allah supaya melindungi kita daripadanya kerana adalah mustahil kita dapat menghindarinya tanpa pertolongan daripada Allah.
Terdapat satu sabdaan Rasulullah s.a.w. bahawa : “Fitnah-fitnah pasti muncul tetapi hanyalah orang-orang yang dipelihara Allah yang selamat daripadanya. Seseorang itu perlulah memohon doa kepada Allah seperti seorang yang sedang tenggelam lemas berdoa kepada-Nya.”
(Baihaqi)

Jikalau tekanan dan kesusahan itu begitu besar dan berat, maka doa juga perlulah seimbang dengan tawaduk dan kesungguhannya. Jikalau seorang itu berdoa dengan rasa penuh rendah diri dan sungguh-sungguh, maka rahmat Allah akan dapat diperolehi lalu terselamatlah dia daripadanya. Atas alasan inilah maka sabda Rasulullah s.a.w. : “Fitnah itu sedang tidur. Kutukan Allah ke atas orang yang menggerakkannya.”
(Hadis)

Melakukan kerja-kerja fitnah dan bercakap perkara-perkara yang buruk dan kotor, orang-orang begini mengwujudkan darah kotor di kalangan mereka, menimbulkan sebab-sebab pergaduhan dan pertikaian di kalangan mereka, sebab-sebab pergaduhan dan permusuhan di kalangan keluarga, puak dan suku.

Tiap-tiap hari, siang dan malam kita memerhatikan perkara ini semakin meningkat dan meruncing. Tiga empat puluh tahun dahulu (sejak penulisan kitab ini), tahap ilmu boleh dikatakan kurang tetapi masih ada kemantapan iman, tetapi sekarang tahap pencapaian ilmu semakin meningkat namun fitnah-fitnah juga terus melonjak naik.

Pos ini dipublikasikan di Tak Berkategori. Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s