Kaum-Kaum Lain Akan Melancarkan Serangan Terhadap Orang-Orang Islam

Diriwayatkan daripada Thauban r. ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Suatu masa akan tiba apabila kaum-kaum yang berjiran (atau suatu bangsa) akan melancarkan serangan ke atas orang-orang Islam lalu menghasut di antara satu sama lain dengan katanya : “Mari kita serang dan ceroboh orang-orang Islam (penempatan, tempat tinggal, bandar dan negara mereka), dan mereka ajak-mengajak sesama mereka seumpama seorang yang sedang mengahadapi suatu hidangan yang besar (yang mana makanan yang ada itu melebihi daripada cukup). Dengan fikiran yang tenang dan yakin mereka mengajak sesama sendiri untuk menyerang.”
Lalu Para Sahabat pun bertanya : “Apakah orang-orang Islam merupakan golongan yang kecil pada ketika itu?”
Jawab Rasulullah s.a.w. : “Orang-orang Islam pada ketika itu adalah seumpama sampah yang dibawa air bah. Akan wujud penyakit “wahn” (lembam dan pemalas) di dalam hatimu dan rasa gerun terhadapmu daripada hati pemusuh-pemusuhmu akan tercabut. Sebab terjadi demikian ialah kerana kamu sibuk dengan dunia dan mencintainya dan takut akan mati.”
(Abu Daud)

Lihatlah dan renunglah dengan kenyataan yang telah diberitahu kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. sejak lama dahulu dan kita sedang melihat akan perkara tersebut berlaku di depan mata kepala kita. Tanah sekangkang kera yang dikuasai oleh Israil yang dikelilingi oleh negara Islam tidak dapat berbuat sesuatu apa pun untuk menghalang bangsa tersebut melakukan kejahatan dan kezalimannya terhadap orang-orang Islam serta niat peluasan kawasannya.

Pemimpin-pemimpin Islam terlalu sibuk dengan harta benda mereka (rial dan dollar) untuk membeli barang-barang mewah bagi menghiasi banglo dan tempat kediaman mereka serta istana-istana mereka yang baru dibina sehingga mereka tidak ada masa untuk mendengar kepada keperluan-keperluan yang mendesak pada masa kini.

Mereka asyik dengan minum minuman keras, makan malam, tari menari dan nyanyi nyanyian, perzinaan dan wanita-wanita yang terus sama sekali lupa dan tidak lagi menghiraukan masa mati, kubur dan neraka. Siang dan malam mereka sibuk membina dunia yang sementara ini yang akibatnya langsung mereka tidak mengambil endah untuk membangun kebenaran. Bukanlah mereka mahu mempelajari Al Quran dan Hadis, namun sebaliknya mereka mengamalkan sistem pendidikan Eropah dan bukanlah juga mereka mahu menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w. tetapi sebaliknya mereka melaram dan mengambil cara hidup khayalan Barat dan moralnya.

Setelah mereka mula menggugurkan fikiran terhadap semangat jihad, bangsa-bangsa yang berjiran itu pun menganggap orang-orang Islam ini sebagai barang rampasan yang mudah dirampas lalu dengan segera melancarkan serangan terhadap mereka. Serangan ini dilakukan untuk memenuhi matlamat mudah mereka.

Sepertimana seorang yang sedang menghadapi makanan, duduk di meja makanan mendapat hidangan makanan yang melimpah ruah lalu mengajak orang-orang lain untuk makan bersama-sama tanpa rasa bimbang dan rasa bersalah, maka bangsa-bangsa lain pun akan mengajak yang lainnya pergi menyerang orang-orang Islam.

Penyerang-penyerang ini tidak akan merasa apa-apa kerugian pun sama ada daripada segi manusia dan wang sebab yang terjadi begini hanyalah kerena kecintaan dunia yang telah mencabut keluar sifat-sifat Iman dan Islam seperti pengorbanan, mujahadah dan kerja keras dan lain-lainnya daripada masyarakat Islam sehingga bangsa-bangsa lain berfikir bahawa orang-orang Islam yang telah leka dengan makanan enak ini tidur lena yang membolehkan mereka membuat apa sahaja yang mereka sukai.

Walaupun orang-orang Islam ramai, namun apabila mereka meninggalkan fikiran jihad dan maut maka masa yang beginilah menyebabkan bangsa-bangsa lain itu melancarkan serangan kilatnya yang menyebabkan kerugian besar terhadap orang-orang Islam. Inilah yang sedang kita perhatikan hari ini.

Apabila mereka terbabit di dalam pemburuan harta yang melampau-lampau maka tercetuslah sikap dengki mendengki di antara satu sama lain, berdendam, bermusuh-musuhan, busuk hati, pertengkaran dan perbalahan, yang akibatnya menggoncang kekuatan dan keutuhan mereka.

Apabila negara-negara Islam menjadi lemah dan tidak bermaya setelah berperang di antara satu sama lain maka peluang pun terbuka kepada bangsa-bangsa lain untuk bertindak. Iran dan Iraq yang berperang berbunuh-bunuhan satu sama lain mengambil masa 2 tahun lebih. Mereka membuka peluang dan ketagihan bangsa-bangsa lain yang berada di sekeliling mereka.

Begitu juga jika negara-negara Arab masih tidak mahu bersatu dan sentiasa hendak menyembelih tengkuk orang-orang lain, maka keadaan yang sama akan terjadi di sana yang akan menarik juga kuasa-kuasa luar ke sana.

Pos ini dipublikasikan di Tak Berkategori. Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s