Fatwa Daripada Orang-Orang Yang Jahil – Sesat Dan Menyesatkan Orang Lain

TELAH diriwayatkan daripada Abdullah Ibn ‘Amr r. ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Allah Ta’ala tidak mengangkat ilmu daripada dada (hati) ulamak-ulamak tetapi ilmu akan diangkat (dihilangkan melalui kematian para ulamak), sehingga Allah Ta’ala tidak akan meninggalkan seorang alim pun hidup di dunia ini. Kemudian orang ramai akan menjadikan seorang yang jahil sebagai ketua mereka. Mereka sendiri akan sesat dan menyesatkan orang lain.”
(Bukhari)

Tersebut di dalam hadis yang lain bahawa salah satu daripada tanda Kiamat ialah ilmu itu akan diangkat.
(Ibid, Jilid 1, ms. 18)

Lagi tersebut di dalam hadis yang lain bahawa ilmu akan berkurangan dan kejahilan akan meningkat. Bilangan wanita akan bertambah ramai. Orang lelaki akan berkurangan bilangannya, seorang lelaki terpaksa mengambil tanggungjawab menanggung limapuluh orang wanita.
(Ibid)

Hadis ini hendaklah dipertimbangkan sejajar dengan dua hadis sebelum ini. Para ulamak akan terjerumus ke dalam fitnah dan menjadi mangsanya. Aku telah membuktikan menurut kekuatan hadis-hadis lain betapa golongan ulamak yang demikian yang telah memperolehi agama hanya semata-mata untuk memperolehi keduniaan. Akibatnya, orang ramai akan terjebak ke dalam fitnah. Nilai dan penghormatan ke atas ulamak akan terkeluar daripada hati orang ramai. Mereka juga (akibat daripada itu) tidak akan menghormati ulamak yang hak. Mereka akan menghina ulamak jenis ini, menyakitkan hati mereka dan mencerca mereka. Allah Ta’ala akan bertindak menerusi sifat Ghairah-Nya (Sifat Keagungan-Nya) sehingga bilangan ulamak yang baik ini akan berkurangan di dalam dunia ini. Berkat ilmu telah ditarik. Apabila ulamak hak ini telah kembali kepada Allah, tidak ada lagi yang dapat mengganti tempat mereka yang telah kosong itu.

Lihatlah sekilas ke belakang kira-kira 60-70 tahun dahulu (dikira daripada kitab ini dikarang) apa yang di India. Bintang-bintang ilmuan dan amalan telah menyinari di angkasa Deoband, Saharanpur, Thanabhavan, Raipur dan Delhi. (Khanqah seperti pondok-pondok di Malaysia) penuh dengan orang ramai. Tetapi Deoband telah kosong setelah kematian Syeikhul Islam Maulana Ahmad Madani. Satu kehilangan yang tidak dapat diganti. Khanqah-khanqah di Thanabhavan dan Raipur telah ditutup.

Seorang demi seorang ulamak yang mempunyai lautan ilmu telah meninggal dunia. Madrasah-madrasah telah tumbuh dengan banyaknya, begitulah juga orang-orang yang mengejar sijil. Aduh! Merekalah alim-alim yang hanya mempunyai semangkuk ilmu. Jika para ulamak terus-terusan dihina, maka hari itu tidaklah jauh di mana tidak akan wujud lagi alim ulamak di dalam dunia. Tanggungjawab itu akan diberi kepada golongan jahil yang akan membuat keputusan dan mengeluarkan fatwa menurut kehendak dan keinginan mereka. Dengan ini mereka sendiri sesat dan menyesatkan orang lain.

Termaktub di dalam hadis ini bahawa ilmu itu tidak akan dicabut daripada hati para ulamak dan bukan juga huruf dan cetakan-cetakan Al Quran, tetapi akan dicabut dengan matinya para alim ulamak. Tatkala aku mengajar hadis ini kepada murid-muridku, aku memberitahu kepada mereka bahawa jikalaulah masyarakat menjalani keadaan hidup yang begini maka ulamak-ulamak yang hidup pada hari ini juga akan habis riwayat mereka selepas 20-25 tahun daripada sekarang.

Malahan sekarang juga kita menghadapi kekurangan ulamak-ulamak yang baik dan taqwa, berilmu, soleh dan imam-imam yang berkecuali. Jikalau keadaan masyarakat terus-menerus sebagaimana hari ini, maka hari demi hari bilangan mereka akan terus berkurangan. Lantaran itu aku memohon agar para pembaca memberikan perhatian dan penghormatan kepada orang ‘alim dan imam-imam.

Pos ini dipublikasikan di Tak Berkategori. Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s