AQIDAH Asy-Syahid Hasan al-Banna: Allah Wujud Tanpa Bertempat

Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna al-Asy`ari (Pengasas Ikhwan Muslimin) berkata:

“السَّلَفُ وَالْـخَلَفُ لَيْسَ بَيْنَهُمْ خِلَافٌ عَلَى أَنَّهُ لَا يَـجُوْزُ حَمْلُ ءَايَةِ الاِسْتِوَاء عَلَى الْمَعْنَى الْمُتَبَادِرِ”.

 Maksudnya:

Golongan Salaf dan Khalaf (bersepakat) di antara mereka bahawa tidak boleh menjadikan ayat Istawa dengan maknanya yang zahir (iaitu duduk atau bersemayam kerana aqidah Islam adalah meyakini Allah Wujud Tanpa Bertempat).

 “فِرْقَةُ أَخَذَتْ بِظَوَاهِرِهَا…وَهَؤُلَاءِ هُمُ الْمَجَسِّمَةُ وَالْمُشَبِّهَةُ، وَلَيْسُوْا مِنَ الْإِسْلَامِ فِيْ شَيْءٍ، وَلَيْسَ لِقَوْلِـهِمْ نَصِيْبٌ مِنَ الصِّحَّةِ، وَيَكْفِيْ فِي الرَّدِّ عَلَيْهِمْ، قَوْلُ اللهِ تَعَالَى: ((لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ)). وَقَوْلُهُ تَعَالَى: ((قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، اللهُ الصَّمَدُ، لَـمْ يَلِدْ وَلَـمْ يُوْلَدْ، وَلَـمْ يَكُن لَّهُكُفُوًا أَحَدٌ))”.

 Maksudnya:

 “Firqah [kumpulan] yang memahami nas mutasyabihat dengan pemahaman zahir nas tersebut [istawa dengan makna duduk]…..Dan mereka adalah mujassimah dan musyabbihah,dan mereka sama sekali BUKAN DALAM KALANGAN UMAT ISLAM [iaitu telah jatuh kufur], dan tidak ada kebenaran lansung pada ucapan mereka [yang mengatakan Allah duduk tetapi tidak sama dengan duduk manusia], dan memadai untuk melakukan bantahan ke atas mereka, firman Allah ta`ala: ((Tidak ada sesuatupun yang meyerupai-Nya dalam apa jua bentuk sekalipun dan Dia Maha Melihat lagi Maha Mendengar)) dan firman-Nya ta`ala: ((Katakanlah Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang tidak berhajat kepada sesuatupun, Dia tidak mempunyai anak dan tidak peranakan, dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya))”.

 قَدْ عَلِمْتُ أَنَّ مَذْهَبَ السَّلَفِ فِي الآيَاتِ وَالأَحَادِيْثِ الَّتِيْ تَتَعَلَّقُ بِصِفَاتِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنْ يَمُرُّوْهَا عَلَى مَا جَاءَتْ عَلَيْهِ، وَيَسْكُتُوْا عَنْ تَفْسِيْرِهَا أَوْ تَأْوِيْلِهَا، وَأَنَّ مَذْهَبَ الْخَلَفِ أَنْ يُؤَوِّلُوْهَا بِمَا يَتَّفِقُ مَعَ تَنْزِيْهِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَنْ مُشَابَهَةِ خَلْقِهِ.

 Maksudnya :

 ”Sesungguhnya aku telah mengetahui bahawasanya mazhab Salaf di dalam (berinteraksi)dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang berkaitan dengan sifat Allahta`ala mereka telah memperjalinkan (memahami) ia sebagaimana ia datang dan bahawasanya mereka telah memperdiamkan diri daripada memtafsirkannya atau mentakwilkannya. Dan (sungguh aku telah mengetahui) bahawasanya mazhab Khalaf mentakwilkannya dengan pentakwilan yang selari dengan penyucian Allah ta`ala daripada menyerupai makhluk-Nya.

 وَخُلاصَةُ هَذَا الْبَحْثِ أَنَّ السَّلَفَ وَالْخَلَفَ قَدْ اِتَّفَقَا عَلَى أَنَّ الْمُرَادَ غَيْرُ الظَّاهِرِ الْمُتَعَارَفِ بَيْنَ الْخَلْقِ، وَهُوَ تَأْوِيْلٌ فِي الْجُمْلَةِ، وَاِتَّفَقَا كَذَلِكَ عَلَى أَنَّ كُلَّ تَأْوِيْلٍ يَصْطَدِمُ بِالأُصُوْلِ الشَّرْعِيَّةِ غَيْرُ جَائِزٍ، فَانْحَصَرَ الْخِلافُ فِيْ تَأْوِيْلِ الأَلْفَاظِ بِمَا يَجُوْزُ فِي الشَّرْعِ،

 Maksudnya:

Kesimpulan bagi perbahasan ini (pengangan salaf dan khalaf mengenai ayat mutasyabihat) adalah bahawasanya golongan salaf dan khalaf telah bersepakat di atas MAKSUD YANG  BUKAN  ZAHIR yang digunakan secara adat di antara makhluk-makhluk-Nya iaitulah takwil secara sempurna dan kedua-duanya (salaf dan khalaf) telah bersepakat bahawa setiap pentakwilan yang dibuat sekiranya tidak selari dengan usul syar`iyyah, maka pentakwilan tersebut tidak diharuskan, maka khilaf di antara mereka hanya terhad kepada pentakwilan dari sudut lafaz dengan perkara yang diharuskan pada syara` (takwilan dari sudut lafaz yang tidak selari dengan syara`, maka ia tertolak, sekiranya pentakwilan itu selari dengan syara`, maka ia diterima pakai) .

Pos ini dipublikasikan di Tak Berkategori. Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s